Isnin, 26 September 2011

carol

seekor ikan laga yang sangat comel kepunyaanku namanya carol.. mempunyai ekor dan sirip yang cantik berwarna biru bercampur merah...ku letakkan ia di dalam sebuah bekas yang comel dan kutempatkan di atas meja study ku...sebagai penemanku..

setiap pagi rutinku adalah beri carol makan...aku seronok tengok mulutnya yang kecil meragut-ragut makanannya apabila ditabur ke dalam bekasnya. carol sentiasa berenang-renang riang membuatkan hatiku terhibur memandangnya. mmenjaga carol amat lah senang,makanannya diberi dengan secukupnya dan perlu menukar airnya tiga kali sehari.

aku akan pastikan carol sentiasa selesa dan tidak kelaparan kerana aku begitu menyayanginya..aku berharap carol dapat lama bersamaku..love carol.

Rabu, 21 September 2011

ini kisahku...

jam 6.30 ptg...

nada isyarat mesej kedengaran di handpon ku.. ku raba-raba bawah bantal ku dengan mata masih menahan kantuk tanda masih belum puas tido.maklum la penat seharian menghabiskan masa di fakulti. ku capai handpon dan ku buka inbox terdapat satu mesej "yu tido ke? lapar la.." ahah perut ku juga lapar. aku replay "em masih tido" send. sekejap kemudian handpon ku berbunyi lagi "jom cari makanan dekat tangga blok". opss tangga blok?? makanan ape yang dijual dekat tangga blok eyh??lama jugak ku memikir-mikir kemudian hah ku dapat satu idea yang tak disangka-sangka. mee cambol. haha.. "jom siap-siap kita cari makanan kat luar" send mesej. beberapa saat sahaja mesej ku dibalas "ok".

beberapa minit kemudian....

aku bangkit dari pembaringan dan ku capai sehelai tuala mandi..bernyanyi-nyanyi kecil sambil berjalan menuju ke bilik mandi. seronok memikirkan menu mkn malam ku. sudah agak lama aku teringinkan mee cambol. seusai mandi ku bersiap-siap ala kadar untuk keluar. destinasinya adalah sebuah bazar larut malam berhampiran dengan the mines.

7.30 malam.....

aku dan rakanku mula mengorak langkah menuju ke perhentian bas di kolej kami. bas yang pihak universiti sediakan kami manfaatkan sepenuhnya. walaupun destinasi kami agak jauh namun dengan adanya kemudahan ini kami mampu tuju bila-bila masa sahaja yang kami mahu asalkan tidak melebihi jam 11 malam. cuaca agak kurang baik ketika itu apabila hujan turun renyai-renyai..namun hal itu tidak menjadi penghalang kepada aku dan rakan ku untuk keluar mencari mee cambol.  adus begitu hebat penangan mee cambol. mee cambol  adalah makanan yang berasal dari kelantan. ia seakan-akan mee celup biasa yang popular di kelantan tetapi dengan adanya sejenis bebola daging di dalamnya menjadikan mee cambol agak istimewa.

8.30 malam...(perhentian bas FBMK)

bas kolej yang kami naiki cuma berhenti di sekitar fakulti,lalu untuk keluar dari kawasan universiti kami terpaksa menaiki bas komuter pula. agak lama menunggu ketibaan bas komuter di perhentian bas fbmk,aku hampir-hampir kecewa. tetapi nasibku baik ketika itu kerana tidak lama selepas itu bas komuter akhirnya muncul. dengan perasaan yang girang kami menaiki bas dan bermula lah perjalan kami ke destinasi.

9 mlm..(the mines)

sementara menunggu bazar larut malam dibuka sepenuhnaya, aku dan rakanku meronda-ronda dalam mall the mines..sekadar cuci mata melihat pelbagai jenis barangan yang begitu mempesonakan. kami sempat singgah sebentar di kawasan ruang legar tingkat dua the mines. pelbagai jenis barangan set bilik tidur dijual dengan harga murah. mau nya tak murah, terdapat potongan harga sehingga 90%.

bersambung..........