Rabu, 14 Disember 2011

weeblyku..

http://nurulakmahidayati.weebly.com/

adoi ngantuk...!!

good morining every body.....

bersiap untuk ke kelas... sempat lagi update blog ni.... semalam tido pukul3.30, pagi ni pulak bangun pukul 6.30... sangatla mengantuk.... diharap mata aku dapat bertahan sehingga pertang karang...

well...gudluck nuyu.....

time to kuliah...

lets go!!!!

pencurian berleluasa

Perlu jaga keselamatan diri
Gempar  1 blok L5 dekat kolej dimasuki pencuri. Dengar-dengar pencuri tu lelaki berbangsa India. Adoi... nk pegi mane-mane waima ke toilet pun kene kunci pintu... si pencuri ni pulak sangat licik, dia datang nk mencuri bila time subuh takpun lepas pukul 12 tgh malam. jadi, aku kalau nk ke tandas time tgh2 malam tu terpaksa lah berteman... takot jgk kalu tiba-tiba tersempak dengan makhluk @##$$ # tu..
Aku ni jenis yang penakot.  jgn kan waktu malam, siang hari pun kalu ada orang ketuk pintu bilik aku, aku jadi fobia nk bukak,takot penjahat yang dtg ketuk pintu bilik aku. Ape pun mintak berlindung dengan Allah SWT agar dijauhi dari segala mara bahaya..

pameran Bm multimedia

Gambar pameran. 
Xsangka pulak aku boleh menang fotografi terbaik kategori tekstur semalam... pada aku gambar yang aku ambil tu biasa-biasa je... tapi mata seorang fotografi memandang sesuatu keunikan yang ada pada gambar itu..
Well,dapat la aku sekeping sijil penghargaan... sijil tu pulak belum ditaip ape-ape pun... owh... cume simbolik sahaja...
Ape pun aku bangga... at least ada jgk la gambar-gambar aku yang tertampal sebagai gambar pameran di situ (foyer FBMK).

Selasa, 13 Disember 2011

ombak rindu sentiasa bergelora...

Tarikh  11 dec  2011, 5ptg, viva mall.
Ombak rindu...
Sayu hatiku tika menonton filem ini..ingin menangis terasa malu dgn kekasih di sebelah. Sungguh sendu kisah percintaan dan pengorbanan seorang wanita, isteri dan perempuan simpanan yang bernama izah. Seorang perempuan yang lemah..hendak melawan tiada daya dan kuasa.. ibarat kain buruk,diherdik  dijadikan wanita pemuas nafsu.. namun,keimanan izah yang kental telah membuka pintu hati haris sedikit demi sedikit untuk menyintai izah. Atas permohonan izah, haris bersetuju untuk menikahi izah..
Cinta yang tulus yang lahir dari dua  hati mengikat satu hubungan cinta yang suci.. walau dilanda ombak dan badai dua hati yang telah menjadi satu itu tidak akan penah goyah. Haris dan izah kembali bersatu dalam dunia cinta mereka tanpa gangguan dari mila dan bebas dari tentangan ibu angkat haris yang bongkak.
Aku bahagia melihat kebahagiaan mereka akhirnya.....

Isnin, 31 Oktober 2011

peristiwa yang tidak akan dapat dilupakan

Saya percaya setiap orang mempunyai  memori  tersendiri yang tidak akan dapat dilupakan sepanjang hayat. Memori  tersebut terkandung seribu satu makna sehinggakan apabila terkenang memori tersebut kita seakan-akan berada di situasi kejadian. Seperti wayang gambar yang dirakam di pita memori. Setiap satu persatu babak dimainkan semula di minda kita. Saat itu kita mungkin tersenyum-senyum sendiri  atau menutup muka kerana berasa malu atau ketawa kerana lucu atau mungkin juga tanpa disedari mengalirkan air mata. Itu semua bergantung kepada peristiwa yang dikenang yang tidak dapat dilupakan itu, sama ada memori itu adalah memori suka, duka dan melucukan atau mamalukan. Itu semua adalah pengalaman hidup setiap individu.
Pengalaman saya pula, semasa saya masih kanak-kanak dalam lingkunagan umur 4-6 tahun, saya paling takut apabila emak mahu memotong rambut saya. Entah kenapa setiap kali emak mengusulkan mahu memotong rambut saya, saya akan  mengelak. Puas dipujuk malah sehinggakan  mak mangajukan duit upah seringgit sebagai ganjaran tetapi tetap tidak berkesan.  Suatu hari, semasa duduk santai-santai dengan emak yang pada ketika itu emak sedang menyusukan adik,emak mengusap-usap rambut saya.. kata emak “ rambut yu sudah panjang, emak potong ye? Potong siket aje.” Lantas sahaja saya bangun dan lari. Hari itu seharian saya tidak pulang ke rumah kerana takut emak potong rambut saya. Sehingga lewat  petang baharu saya merayap  pulang  senyap-senyap kerana  tidak berani masuk ke dalam rumah. Kebetulan di belakang rumah saya ada sebuah reban ayam. Disitulah menjadi tempat persembunyian saya. Saya terdengar suara emak yang kecoh dari dalam rumah yang  mengerah abang supaya mencari di mana saya. Saya terus membatukan diri di belakang reban ayam. Sehinggakan langit mula berubah warna kepada jingga saya melihat kelibat emak yang terbongkok-bongkok seperti orang sedang mengendap. “ haa..di sini rupanya budak ni, dah masuk dalam rumah! Dah nk magrib.” Heeeheeeee..... malunya.....adoi banyak juga la kene bebel dengan emak lepas kejadian tu.
Sekarang saya sudah dewasa. Zaman kanak-kanak saya sudah berakhir. . namun, peristiwa itu sehingga sekarang saya masih ingat malah masih fresh. Kekadang,saya terpikir juga kenapa saya begitu takut apabila orang ingin memoton g rambut saya. Sedangkan potong rambut bukannya sakit pun. Tetapi itu adalah tanggapan saya sekarang  apabila sudah pandai berfikir logik. Tetapi rasa-rasanya masa saya kanak-kanak saya tak mau orang potong rambut saya sebab apabila rambut dipotong  sisa-sisa rambut yang melekat di badan saya akan meninggalkan rasa gatal. Gatal  seperti terkena miang buluh.
Peristiwa seterusnya masih lagi berkisar pada zaman saya kanak-kanak. Ini pengalaman bersama ayah pula. Semasa kecil ayah selalu menyuruh saya atau adik beradik saya yang lain untuk memijak belakang ayah (lebih kurang seperti teknik urutan). Kami akan berebut mahu naik atas belakang ayah. Maklum la sume masih lagi kanak-kanak pada ketika itu. Kami seronok beratur atas belakang ayah sambil berjalan setempat. Saya abang dan adik ketiga-tiga tidak mahu mengalah masing-masing mahu naik atas belakang ayah. Ayah pula pada ketika itu masih muda dan gagah. Dapat la beliau menampung berat ketiga-tiga anaknya yang tercinta ini. Sekarang usia ayah sudah menjangkau 60 tahun. Kami juga semua sudah dewasa,sudah tentu ayah tidak larat lagi untuk manampung berat kami seperti dahulu... walau bagaimanapun pengalaman dan peristawa itu tidak akan dapat saya lupakan sehingga sekarang.

Berginjak pula kepada usia remaja lain pula pengalaman dan peristiwa yang saya alami yang tidak dapat dilupakan. Dimana semasa saya form6 saya  mula menjalinkan hubungan cinta dengan seorang senior. Pengalaman bercinta buat pertama kali memang indah. Hubungan cinta saya dengan si dia Cuma mampu bertahan 3 tahun . hubungan terputus di tengah jalan. Pada ketika itu saya  berasa begitu kecewa. Kali pertama saya menangis kerana lelaki di hadapan emak yang tercinta. Emak memujukku dan memberikan kata-kata semangat kata emak  “dia bukan lelaki yang baik, perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik. “ walaupun sekarang saya sudah dapat melupakan si dia,tetapi rasa kecewa itu seakan-akan  masih dapat dirasai dan tidak dapat dilupakan sehingga sekarang.
Pengalaman aku yang tidak dapat lupakan juga apabila aku ditawarkan masuk ke UPM. Kegembiraan pada ketika itu tidak dapat dibayangkan. Setakat ini hanya itu peristiwa yang tidak dapat aku lupakan yang dapat aku coretkan di sini. Yang lain biarlah ia Cuma berbuku di hati dan menjadi memoriku sendiri.

9 mimik mukaku

Posted by Picasa