Selasa, 13 Disember 2011

ombak rindu sentiasa bergelora...

Tarikh  11 dec  2011, 5ptg, viva mall.
Ombak rindu...
Sayu hatiku tika menonton filem ini..ingin menangis terasa malu dgn kekasih di sebelah. Sungguh sendu kisah percintaan dan pengorbanan seorang wanita, isteri dan perempuan simpanan yang bernama izah. Seorang perempuan yang lemah..hendak melawan tiada daya dan kuasa.. ibarat kain buruk,diherdik  dijadikan wanita pemuas nafsu.. namun,keimanan izah yang kental telah membuka pintu hati haris sedikit demi sedikit untuk menyintai izah. Atas permohonan izah, haris bersetuju untuk menikahi izah..
Cinta yang tulus yang lahir dari dua  hati mengikat satu hubungan cinta yang suci.. walau dilanda ombak dan badai dua hati yang telah menjadi satu itu tidak akan penah goyah. Haris dan izah kembali bersatu dalam dunia cinta mereka tanpa gangguan dari mila dan bebas dari tentangan ibu angkat haris yang bongkak.
Aku bahagia melihat kebahagiaan mereka akhirnya.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan